Friday, November 22, 2013

Do we need another wardrobe?

Byknye bju irfan..kalah ibu...

Tuesday, October 22, 2013

Dia Suamiku

Dia pendengar setiaku
Dia yang selalu ada tika ku memerlukan
Dia yang sabar melayan rajukku
Dia yang sabar melayan karenahku
Dia yang memelukku erat tika ku kesedihan
Dia yang memegang erat tanganku tika kujatuh
Dia yang tidak putus-putus menyokongku dari belakang
Dia yang pandai melembutkan aku tika kumarah
Dialah suamiku yang amat kukasihi

Thursday, October 10, 2013

Sunday, October 6, 2013

celebrate besday abah


dah lame xupdate blog..huhu..
byk sgt komitmen skrg...
:-)

Tuesday, May 28, 2013

setahun sudah

Alhamdulillah 26 mei 2013, genap setahun usia perkahwinan kita,syg.. Semoga ikatan suci ini akan berkekalan hingga ke syurga.. Semoga hubungan ini juga diredhai Allah..insyaAllah.. Ibu ngan irfan syg abah...mmmuahh..:-)

Friday, April 12, 2013

MUHAMMAD IRFAN FARHAN



Khas untuk atuk, tokwan ngan ciksu yg merindui irfan..:-)

Sunday, March 10, 2013

Pengalaman bersalin

Pengalaman bersalin anak sulung : Muhammad Irfan Farhan bin Muhamad Zulkhibri

Syukur alhamdulillah, fiza selamat melahirkan anak sulung, anak yang fiza kandung selama 9 bulan, satu pengalaman, satu nikmat yang sangat berharga..

26 februari 2013 : genap 9 bulan usia perkahwinan fiza..hari ni, fiza banyak betul berjalan, gi jalan2 rumah kakak2 ipar, sempat gi pasar malam, balik rumah dah nak dekat maghrib..masa nak mandi, tengok ada darah sikit. buat dek je sebab fikir mungkin sebab banyak berjalan..tak risau pape pun mase ni, tp still bgthu mak ade darah kuar sikit..mak dah mula kelam kabut, suruh gi hospital..tapi fiza rilek je, fiza cakap, tak de rase pape pun lg ni, tak yahlah gi hospital..lepas maghrib, fiza cek lagi, darah still keluar tp skit2 jer..mak suruh inform nurse yang cek fiza tu, bila call, nurse terus suruh gi hospital..kebetulan masa tu, ayah takde dekat rumah..nasib baik husband dah balik awal2, husband fiza terus bawak gi hospital, mak ngan adik pun ikut sekali..
11 pm : sampai hospital, nurse ngan doktor cek jalan, baru buka 1cm
sepatutnya fiza dah boleh balik masa tu, sebab bukaan baru 1cm tapi disebabkan overdue 5 hari dan air ketuban pun dah kurang, fiza terpaksa masuk wad malam tu jugak..tak bestnye tidur dekat wad...
3 am : daftar untuk masuk wad
5 am : nurse datang cek jantung baby & blood pressure
8 am : doktor scan, air ketuban memang kurang dan fiza terpaksa dimasukkan ubat buat pertama kali untuk cepatkan bukaan jalan
11.15 am : buat ctg..still tak rasa sakit..nurse yang cek fiza tu siap cakap, kebalnya awak langsung tak rasa apa2..orang lain bila masuk ubat, memang akan rasa sakit..
2 pm : doktor datang cek, tanya sakit tak..still tak rasa apa2..kebal betul..haha..doktor cakap perut awak mengeras ni, patutnya ada rasa sakit..tapi serius masa tu memang tak sakit..
3 pm : disebabkan fiza tak de rasa sakit, masuk ubat kali ke 2
3.30 pm : dah start rasa contraction...sakitttttttt
4 pm : buat ctg lagi...patient keluar masuk dari wad ke labour room..bile la time aku pulak ni, terdetik dalam hati..
5 pm : waktu melawat..parents, hubby, mak sedara, nenek ngn sepupu ada datang..waktu melawat pagi tadi boleh bergurau senda, tapi waktu melawat kali ni, dah tak mampu nak tersenyum..hanya mampu berselindung di bawah selimut menyembunyikan air mata dek terlampau sakit..sakit yang teramat sangat..contraction hampir 5 minit sekali..mak ngan ayah hanya mampu suruh fiza bersabar je..mulut fiza ni tak henti2 baca doa nabi yunus, minta kurangkan sakit dan dipermudahkan kelahiran anak sulung ni...
cek jalan lagi,  baru 2 cm..ya Allah, bila jalan nak terbuka luas ni..baru 2 cm, dah tak termampu rasanya..

7 pm : sakittttttt yang teramat sangat...mintak dengan nurse nak cek jalan lagi, tapi dia cakap awak baru cek jalan petang tadi, baru 2 cm..fiza cakap, tolong cek lagi, saya rasa sakit yang amat sangat dah ni..cek jalan, dah bukak 5cm..dah boleh masuk labour room..doktor masukkan ubat berak sebelum fiza ditransferkan ke labour room.. sampai dekat labour room, jalan dah terbukak 7cm..dah rasa nak meneran..ya Allah, sakitnya....staff nurse cek lagi dah bukak 9.5 cm, dah boleh meneran sebab baby tak besar sangat..masa tu pukul 9 lebih..fiza cuba teran..sampai satu ketika, fiza rasa penat yang amat sangat dan dah tak terdaya nak meneran, tapi disebabkan suami yang tak henti2 support fiza, tolong pangku kepala fiza masa tu, fiza cuba dan terus cuba..ada satu masa tu, staff nurse cakap, haa dah nampak jambul anak awak ni..tapi fiza tak pandai nak teran, masuk balik kepala baby..staff nurse cakap, sayangnya dah nampak jambul tapi masuk dalam balik..husband fiza masa tu memang betul2 bagi semangat cakap fiza boleh buat..fiza fikir masa tu fiza nak tengok muka baby ngan dukung dia je..fiza teran lagi, curi nafas...akhirnya kepala baby dah keluar..tinggal bahu pulak..kena teran lagi..akhirnya, baby selamat keluar dari perut fiza...ya Allah...syukur alhamdulillah baby selamat..subhanallah Allahuakbar, betapa besar kebesaran Allah, pencipta kita yang memberi fiza peluang untuk bergelar ibu..besarnya keagungan Allah, bayi yang fiza kandung selama 9 bulan akhirnya di pangkuan...sebaknya masa tu..staff nurse yang baik hati dan tak henti2 support fiza letak baby kat dada fiza, husband fiza laungkan azan kat telinga baby...syukur alhamdulillah..

akhirnya, tepat pukul 10pm, lahirlah permata hati kami yang diberi nama :
MUHAMMAD IRFAN FARHAN BIN MUHAMAD ZULKHIBRI...





Monday, February 18, 2013

Nota untuk anak ibu

Nota untuk anak ibu...
13 Februari 2013

Hanya berbaki beberapa hari je lagi anak ibu ni akan keluar melihat dunia, akan keluar menatap wajah ibu dan abah.. Doktor menjangkakan ibu akan bersalin dalam tempoh 9-18hari je lagi.. Badan ibu pun dah macam belon dah sekarang ni.. Sekarang ni, waktu yang amat perit buat ibu ialah waktu bangun pagi.. Setiap pagi, ibu akan rasa perut ibu asyik mengeras, susah betul ibu nak bangun dari katil..Hampir 9 bulan anak ibu berada dalam rahim ibu, hampir 9 bulan jugaklah ibu bawak anak ibu ni kemana je ibu pergi..

1-3 bulan
Sepanjang 1-3 bulan ibu mengandungkan anak ibu ni, ibu cuma mengalami muntah-muntah yang biasa dan alahan yang biasa.. Masa mula-mula, memang ibu banyak muntah tapi tak lama pun, ibu akan muntah kalau ibu makan yang pedas-pedas ataupun makan makanan yang berminyak..Lagi satu, ibu tak boleh makan keropok. Pernah hari tu, ibu goreng keropok, abah memang suka betul makan nasi kalau ada keropok tu.. Tapi, lepas ibu makan keropok tu, ibu dah rasa lain macam, angin dalam badan..Lepas tu, ibu terus muntah2..

4-6 bulan
Masuk 4 bulan ibu mengandung, ibu dah boleh rasa anak ibu ni berenang-renang dalam perut ibu ni..Seronoknya ibu rasa bila anak ibu ni aktif betul dalam perut ibu..Ibu ajak abah gi klinik untuk scan anak ibu ni, ibu nak tengok anak ibu ni sihat ke tak..Alhamdulillah, masa scan tu,  doktor cakap anak ibu ni memang aktif sgt2 dan sihat..Masa tu jugak, doktor dah boleh nampak anak ibu ni boy or girl..Lagi la ibu ngan abah excited nak tahu..Ibu tak kisah ank ibu ni boy or girl, asalkan anak ibu sihat dan dijauhkan dari segala penyakit..Doktor cakap doktor nampak sosej, boy la tu maknanya..Ibu dah berangan2 dah nak beli baju untuk anak ibu ni, tapi awal lagi ni...Huhu...Biarlah dulu..Masa 5 bulan, perut ibu dah mula nampak dah..

7-9 bulan
Masa 7 bulan ni, ibu dah start beli baju dah untuk anak ibu ni, barang2 keperluan lain pun ibu dah siap2 beli..Masa mengandungkan anak ibu ni, ibu suka sangat ajak abah gi jalan2, ibu memang tak suka duduk dalam rumah time ni, bila abah tak keje, memang ibu ajak abah keluar la..Sekarang ni, ibu tengah menghitung hari bila la anak ibu ni akan keluar..Ibu harap anak ibu ni selamat dilahirkan nanti..Ibu sentiasa berdoa semoga semuanya selamat..Esok ibu ada appointment dekat klinik kesihatan kajang,lepas appointment tu, ibu ngan abah akan balik kampung..Ibu harap ibu tak sakit pinggang la duk dalam kete lame2 esok..hehe..Oh ye, last ibu scan hari tu, doktor cakap berat anak ibu ni dah 2.8 kg masa tu..

lastly, ibu harap semuanya akan dipermudahkan Allah..insyaALLAH...

Monday, February 4, 2013

pengajaran untuk diri sendiri

Pengajaran untuk diri sendiri..
1. Jgn samakan tempat lama dgn tempat baru..
lain tmpt lain caranya..
2. Kena sentiasa update dgn pihak pengurusan.
3. Kena sentiasa 'alert'.

p/s: xpsl2 kne dnda rm100!!

Wednesday, January 16, 2013

Almost 8 months

Hari ni dah 7 bulan lebih fiza bergelar isteri,next week 26 januari, genap 8 bulan..Alhamdulillah kehidupan sekarang terasa lebih bermakna di samping insan tersayang. Baby dalam perut pun makin aktif dari sehari ke sehari. Perasaan takut, nervous, sume ade sekarang ni..Semoga Allah permudahkan kelahiran anak sulung fiza ni,insyaAllah..Barang-barang baby, insyaAllah dah cukup untuk persediaan awal ni..

For my phd pulak, Alhamdulillah, fiza larat lagi nak buat literature review, i need to read, read n read more..i have 1 thesis to read n didnt finish yet..huhu...insyaAllah, akan habiskan baca thesis tu AS SOON AS POSSIBLE!!!!! Chayo!Chayo!!! Hari tu dah submit proposal, so my target for this semester, read as much as i can and propose one new algorithm for my research...peringkat awal ni memang penting untuk baca sebanyak yang mungkin terutamanya the latest journal or the latest article..sebabnya, bila kita banyak membaca, insyaAllah idea untuk research kite tu akan datang dengan sendirinya..lebih2 lagi untuk phd, kite tak boleh ciplak research orang lain, phd must be something new, we cant copy others...for master, it is ok if we improve a little bit of others work but for phd, we need to create something new...it is not easy as ABC to come up with new ideology in research especially in my field...so, reading is sooooooo important....

Lastly, I hope I can handle my career and my life as wife,mother and daughter to my parents too...insyaAllah....