Monday, February 18, 2013

Nota untuk anak ibu

Nota untuk anak ibu...
13 Februari 2013

Hanya berbaki beberapa hari je lagi anak ibu ni akan keluar melihat dunia, akan keluar menatap wajah ibu dan abah.. Doktor menjangkakan ibu akan bersalin dalam tempoh 9-18hari je lagi.. Badan ibu pun dah macam belon dah sekarang ni.. Sekarang ni, waktu yang amat perit buat ibu ialah waktu bangun pagi.. Setiap pagi, ibu akan rasa perut ibu asyik mengeras, susah betul ibu nak bangun dari katil..Hampir 9 bulan anak ibu berada dalam rahim ibu, hampir 9 bulan jugaklah ibu bawak anak ibu ni kemana je ibu pergi..

1-3 bulan
Sepanjang 1-3 bulan ibu mengandungkan anak ibu ni, ibu cuma mengalami muntah-muntah yang biasa dan alahan yang biasa.. Masa mula-mula, memang ibu banyak muntah tapi tak lama pun, ibu akan muntah kalau ibu makan yang pedas-pedas ataupun makan makanan yang berminyak..Lagi satu, ibu tak boleh makan keropok. Pernah hari tu, ibu goreng keropok, abah memang suka betul makan nasi kalau ada keropok tu.. Tapi, lepas ibu makan keropok tu, ibu dah rasa lain macam, angin dalam badan..Lepas tu, ibu terus muntah2..

4-6 bulan
Masuk 4 bulan ibu mengandung, ibu dah boleh rasa anak ibu ni berenang-renang dalam perut ibu ni..Seronoknya ibu rasa bila anak ibu ni aktif betul dalam perut ibu..Ibu ajak abah gi klinik untuk scan anak ibu ni, ibu nak tengok anak ibu ni sihat ke tak..Alhamdulillah, masa scan tu,  doktor cakap anak ibu ni memang aktif sgt2 dan sihat..Masa tu jugak, doktor dah boleh nampak anak ibu ni boy or girl..Lagi la ibu ngan abah excited nak tahu..Ibu tak kisah ank ibu ni boy or girl, asalkan anak ibu sihat dan dijauhkan dari segala penyakit..Doktor cakap doktor nampak sosej, boy la tu maknanya..Ibu dah berangan2 dah nak beli baju untuk anak ibu ni, tapi awal lagi ni...Huhu...Biarlah dulu..Masa 5 bulan, perut ibu dah mula nampak dah..

7-9 bulan
Masa 7 bulan ni, ibu dah start beli baju dah untuk anak ibu ni, barang2 keperluan lain pun ibu dah siap2 beli..Masa mengandungkan anak ibu ni, ibu suka sangat ajak abah gi jalan2, ibu memang tak suka duduk dalam rumah time ni, bila abah tak keje, memang ibu ajak abah keluar la..Sekarang ni, ibu tengah menghitung hari bila la anak ibu ni akan keluar..Ibu harap anak ibu ni selamat dilahirkan nanti..Ibu sentiasa berdoa semoga semuanya selamat..Esok ibu ada appointment dekat klinik kesihatan kajang,lepas appointment tu, ibu ngan abah akan balik kampung..Ibu harap ibu tak sakit pinggang la duk dalam kete lame2 esok..hehe..Oh ye, last ibu scan hari tu, doktor cakap berat anak ibu ni dah 2.8 kg masa tu..

lastly, ibu harap semuanya akan dipermudahkan Allah..insyaALLAH...

1 sharing is caring: