Monday, February 14, 2011

my cousin's wedding

tanggal 3 februari 2011, kelihatan si ayu duduk bersimpuh sambil dikelilingi keluarga tersayang dan sahabat terdekat. debaran di hati hanya Tuhan yg tahu. sambil berusaha meredakan debaran di hati, matanya melirik ke arah seorang jejaka yg menjadi tumpuan lensa2 kamera. hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi, si jejaka bakal menjadi raja dalam hidupnya.

sedih, gembira, terharu, dan berbagai perasaan yg dirasainya tatkala sang jejaka selesai menjawab lafaz ijab dan kabul dari tok kadi. serentak dengan itu, titisan2 mutiara berguguran jatuh ke pipi. si isteri mengerling ke arah si suami sambil menghadiahkan senyuman ikhlas tatkala mata mereka bertaut...alhamdulillah..sebuah lagi masjid telah berjaya didirikan...masing2 lega kerana majlis pada malam itu berjalan dengan lancar dan sempurna dan masing2 pulang dengan 1 harapan utk mendirikan 1 lg masjid pada satu masa yg akan ditetapkan olehNya..(haha...sempat lg mengarut)

keesokkan harinya....
suasana riuh rendah dengan suara anak2 kecil di perkarangan rumah...riuh dengan suara mak2 yang sedang asyik di dapur..walaupun leka dengan kerja di dapur, masing2 riuh menyapa dan berborak dengan saudara mara yang jarang2 dapat bersua muka...golongan ayah2 pula sibuk memantau khemah2 yang didirikan di perkarangan rumah agar semuanya nampak kemas dan teratur...hanya tinggal 1 jam sahaja lagi rombongan pengantin lelaki akan tiba di rumah..pengantin perempuan sudah bersiap sedia dengan mak andam untuk didandan..

pok pak pok pak pok pak pak pak (gini ke bunyi kompang???)
paluan kompang sudah kedengaran dari jauh menandakan si suami sudah bersiap sedia untuk bertemu dengan si isteri...si isteri sudah bersedia menunggu si suami sambil diiringi oleh dayang2 yg memakai pakaian sedondon berwarna merah..terdetik di hati si isteri, "si dia boleh cam ke ni isterinya yg mana satu?"..mana taknya, pengantin berpakaian merah, dengan2 dayang2 sekali berpakaian merah...boleh rambang mata dibuatnya kalau tak diteliti betul2..:-)

paluan kompang sudah berhenti. si isteri mendapatkan si suami lalu tunduk mengucup tangannya. kedengaran beberapa suara yg berbisik mengusik dari belakang. lalu, dayang2 mengalu2kan kedua2 pengantin ke pelamin yg tersergam indah.


well, red is everywhere..:-)

p/s : penat jgk nk mengarang entry ala2 cerpen kali ni..hehe..macam mana la penulis2 tegar dapat menghasilkan novel2 yg tebal beratus2 muka surat tu ek?






2 sharing is caring:

ixora said...

fiza.. cam sama theme ngan tasha la kazen fiza ni. tasha pun nk wat kaler akad nikah kaler tu.. sanding kaler tu.. hehe.. sehati sejiwa~

akalili said...

hehe..sehati sejiwa btol..yg psti, kaler merah mmg cun..dlm gmbr, lg2 cun...:-)
jgn lpe bg kad..

Daisypath Anniversary tickers