Dengan sekali lafaz, diri ini sah menjadi milikmu sepenuhnya..Hari yang ditunggu2 tiba jua akhirnya..Kini, aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri..Jika dulu, syurga terletak di bawah kaki ibu, kini redha Allah terletak pada redha si suami..Jika seorang isteri menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, buat yg disuruh, tinggal yg dilarang, beserta taat pada suami, insyaAllah syurga akan menjadi miliknya kelak..insyaAllah..
Alhamdulillah, kini kami sah bergelar suami isteri..
Air mata ku menitis tatkala melihat bapaku yg kemerahan matanya di sebelahku..Seorang bapa yang takkan dapat ditukar ganti...Begitu banyak jasa dan pengorbananmu, ayah...Aku sedar betapa berat hatinya untuk melepaskan tanggungjawabnya ke atasku..Kini, suamiku yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atasku dan aku bukan tanggungjawab bapaku lagi..Namun, aku ingatkan diriku sendiri, aku tetap anak ibu dan bapaku sampai bile2..Hubungan kekeluargaan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa, insyaAllah...
Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka kasihaniku semasa kecil...
2 sharing is caring:
tahniah fiza... ni dh duk kajang ke? or masih di t'ganu?
fiza duk kjg dh ni,duk sini smggu dh..
Post a Comment